Saturday, June 20, 2009

Notis berkenaan kawalan letak kereta di Lumut


Pada 1 Jun 2009 (hari ahad) yang lepas, saya berada di Lumut kerana bercuti. Semasa mencari tempat meletak kereta di tepi jalan, saya telah nampak beberapa buah kereta dikenakan saman kerana kesalahan meletak kereta. Saya pun terfikir, memandangkan Lumut merupakan satu kawasan percutian, kemungkinan besar terpaksa membayar semasa meletak kereta ditepi jalan walau pun hari ahad. Saya terus menuju kesatu notis berkenaan "sistem letak kereta berkupon".

Saya sangat tertarik dengan kenyataan bertlis seperti berikut:

Waktu kawalan:

"Hari isnin hingga sabtu, 8:00 pagi hingga 6:00 petang, termasuk hari ahad dan cuti umum"

Saya dan isteri terpenga-penga dengan penulisan berkenaan waktu kawalan. Notis itu berbelit dan bagi mereka yang tidak membaca dengan teliti boleh menyebabkan terkena saman. Kenapa tidak tulis saja:

"Hari isnin hingga ahad, 8:00 pagi hingga 6:00 petang, termasuk cuti umum" atau "setiap hari, 8:00 pagi hingga 6:00 petang termasuk cuti umum"

Saya harap ulasan ini sampai kepada pegawai Majlis Perbandaran Manjung dan mereka akan membuat pembetulan.